mycomplicatedlife

mycomplicatedlife

Khamis, 16 Ogos 2007

SUPPOSEDLY 3RD ANNIVERSARY.........

Well, hari ni 16/08/07 adalah hari yang sepatutnya aku dan dia meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 3.Perkahwinan yang sudah atau belum pasti tetapi mungkin atau confirm sudah tidak wujud lagi.Pada tarikh ini,3 tahun lalu,16/08/04 pukul 10 pagi waktu narathiwat,aku telah menjadi isterinya yang sah dengan hanya sekali lafaz. Perasaan ketika itu bercampur baur, dalam tawa dan tangis aku telah redha dan rela berbekalkan azam dan impian untuk melayari bahtera kehidupan walau apa jua badai dan cabaran yang melanda bersama-samanya.Kala dia menyarungkan cincin ke jari manisku, lantas mencium dahiku, aku minta dia berjanji supaya tidak akan meninggalkan ku walau apa juga yang berlaku..............dan dia pun berjanji.
Kini setelah tiga tahun berlalu, dia bukan milikku lagi..........
Sepanjang perkahwinan kami, terlalu banyak ujian,cabaran,halangan,ribut taufan,badai,ntah apa lagi yang akhirnya telah berjaya merampas kebahagiaan kami,menewaskan segala usaha,meragut segalanya dariku.namun kini masih ada yang tetap tidak pernah putus dari kami berdua,anak lelaki kami.
Jelasnya,sayangku,rinduku,kasihku masih ada.Sebab itu jugalah,isi hatiku aku coretkan di sini,sekadar untuk mengenang segalanya yang pernah berlaku,ku miliki dan terlepas dari genggamanku.
Mungkin aku akan bertemunya hari ini.....mungkin,mungkin,mungkin...........Logiknya memang tiada logika,kadang-kadang yang boleh dikatakan selalu, fikirku, dia masih sayangkanku, mungkin..........sedikit rasa masih tersisa, malah kadang-kadang yang memang kadang-kadang,dia malah masih menyentuhku,dan hanya saat-saat itulah aku masih dapat merasakan kehangatan kasih sayangnya.
Adakalanya aku ingin dia kembali, namun aku tidak pernah berdoa.......takut untuk berdoa, takut doaku makbul, atau tidak makbul,ntah aku pun tak tahu. Jika dulu doaku makbul,tapi tetap apa yang ku pinta tidak mampu memberiku bahagia.........kecut rasanya berdoa,meminta padaNYA sedangkan aku tidak layak meminta.
Entahlah..........inilah nama nya complicated life.

Tiada ulasan: