mycomplicatedlife

mycomplicatedlife

Jumaat, 17 Ogos 2007

spending the night together.........


Semalam dia datang.Sedang aku bersiap-siap, pintu rumah diketuk.Dia juga telah mengambil anak kami dari taska. Bahagia rasanya hati melihat dia,sambil mendukung anak kami,berdiri di muka pintu,memakai baju biru bunga-bunga.Hatiku berbisik,kalaulah kau milikku lagi..............
Terubat rasa rindu melihat dia.Janji untuk berkongsi masa denganku untuk mengenang anniversary kami ditunaikannya.
Anak kami hantar untuk dijaga emak.Cuma kami berdua kali ini..........
Betapa mesranya layanan yang diberikan kepadaku.Dia cuba untuk mengambil hatiku,membuat aku tersenyum bahagia,berharap yang masa dapat berhenti seketika supaya selamanya dia akan berada disisiku.Lima tahun berlalu,kami cuba mengimbau memori silam....dari 2thn bercinta,3thn ke alam perkahwinan dan perpisahan....walau apapun nama hubungan kami, namun kami masih cuba mencuri masa untuk bersama.Terdetik rasa, mungkinkah masih ada cinta???
Malam itu kami bersiar-siar ke Mutiara Damansara,IKEA,tempat pertama yang kami tuju mula-mula kami mendapat rumah semasa baru berumahtangga,rumah kami di Kg Baru yang kosong kami isikan dengan sedikit barang dapur dari IKEA,selembar karpet,selimut dan dua biji bantal, walau tidur di karpet sahaja, namun tetap rasa selesa, bahagia, kerana dapat bersama dengannya.....itu 3thn yang lalu,kini walau tidur di tilam yang besar namun kosong dan dingin tanpanya.Di IKEA aku beli sebuah pasu tempat kuisikan ros merah dua kuntum yang diberikannya kepada ku petang itu sebelum sampai di Ikea siap dengan surprise seperti dulu2, aku cuba berlagak terkejut walau aku sudah dapat menjangkakannya.....
Nyata dia masih ingat dengan benda-benda kesukaanku..........
Selepas IKEA, kami minum di lounge concorde,duduk di sofa sambil berpelukan,seolah-olah kami tidak pernah berpisah.Penghujungnya,kami pulang ke rumah, selepas mengambil anak dari rumah mak dan malam itu dia tidur bersamaku.......dapatlah aku merasa kebahagiaan seperti dulu-dulu walau hanya semalam,dalam pelukan dan belaiannya.
Aku kejutkan dia pagi tadi,selepas bersiap,dia mencium anak kami, mencium dahiku, dan dia pergi....
Kini aku mula merinduinya..........sampailah saat dia terasa ingin bertemu aku dan anak kami lagi.

Tiada ulasan: