mycomplicatedlife

mycomplicatedlife

Isnin, 2 November 2009

hallo again

it's been so long since the last post. anyway, aku masih sendiri.... still living a complicated life,,,,, my baby semakin membesar, dah pandai komplen, membebel and all.

lately, i'm just feeling hurt, the more i think about my past, i wish that there's something that if i could only go back and change or repair something........

there are things, many things that i wish i didnt do... or things that i wish i could have done it differently....argggg..

Selasa, 11 September 2007

pergilah...........

pergilah saja, tinggalkan aku, ku tak mahu lagi kehadiran mu disisiku,pergilah............

Rabu, 29 Ogos 2007

well.....

semalam 28/08/07,aku telah berjaya mendapat lesen P,akhirnya...................hari khamis lepas,23/08/07,abang yg aku ceritakan tu, at last............sms aku, tanya khabar, hari sabtu,25/08/07,aku pegi jumpa dia kat kepong,tapi kejap je, bapak anak aku pulak datang hari isnin 27/08/07& semalam..................banyak juga lah yang berlaku..........orang kat office ni pulak kata bos nak jumpa aku sebab tak puas hati aku cuti semalam, ish.........macam-macam.boring gila dan nak naik gila bila berada di sekeliling orang2 yang negatif ni.kereta aku pun kemek lagi,kesian kereta aku...................

Khamis, 23 Ogos 2007

pergi tanpa pesan

"Jauh berjalan , mencari intan pujaan
aduhai...dimana tuan , mengapa PERGI TANPA PAMITAN
Lembah kuturuni , bukit nan tinggi ku daki
aduhai...Tak kunjung jumpa , mengapa hilang tak tentu rimba
Laut hempaskan ku padanya , bintang tunjukkan arah
oh angin bisikkanlah malam ini
Hati cemas bimbang , harapan timbul tenggelam
aduhai...permata hati , mungkinkah kelak berjumpa lagi ...
Oh angin bisikkanlah malam ini
Hati cemas bimbang , harapan timbul tenggelam
Permata hati , mungkinkah kelak berjumpa lagi ..."

lagu inilah yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan ku saat ini,sountrack untuk filem berbagi suami, dari sore. cuma aku tukarkan perkataan puan tu kepada tuan.

Rabu, 22 Ogos 2007

syok sendiri



semalam dan hari ni aku rasa melayang.Entahlah ,maybe it's just that i'm lonely, out of love or just syok sendiri. i dunno........

ceritanya begini.......masa ambil test aritu, aku dengan tak sengajanya @ sengaja kot,telah berkenalan dengan seorang jejaka yang mukanya seiras gambar di atas itu, matanya coklat,bibirnya merah,kulit putih,senyuman manis....emm......aku dah mula mengelamun lagi ni.........anyway, we really hit it off,dia perasan yang aku dok curi2 pandang dia,dia pun pandang2 aku apa.so kesempatan-demi-kesempatan seolah-olah kami sengaja mendekati satu sama lain,akhirnya aku beranikan diri untuk menegurnya..........well,i've got nothing to lose right? turned out that dia sangat peramah,malah dia lagi yang lebih-lebih pulak tanya aku macam-macam,aku pun apa lagi syok gilalah...........terasa macam zaman anak dara dulu pula. those good ol' days when i can be with any guy i choose.....but then i always made a bad choice,anyway back to the story,cerita-punya-cerita sampai tukar2 no hp plak,tapi aku tak bagitau dia status aku yang sebenarnya,rasanya mesti dia ingat aku ni anak dara lagi tau-tau,dah ada anak satu.........well,dia tua aku 3 thn,bkan orang sini,bujang lagi kalau mengikut butir bicaranya,suka buat jokes walaupun ada yang rasanya tak lucu....dan rasanya aku .............entahlah,sejak aritu sampailah sekarang ni aku asyik terbayangkan dia, terasa nak call, tapi entahlah, tak berani, dia pun aku agak bukan jenis nak mengalah nak telefon sebab seingat aku aritu aku yang break the ice first,barulah dia nak lebih-lebih, kontrol dia ni, agaknya thats why lah dia tak call aku, atau mungkin dia busy ke ,malu ke atau tak peduli ke,ntahla.........tapi aku ni yang dok gila bayang pula sekarang........ish,ish,ish........kenapalah aku dok terbayang je muka dia,lepas tu aku dok senyum sorang2 bila aku teringat dia yang memang sebenarnya sentiasa teringat dia...........arghhhhhhhhhh,tapi bagus juga at least aku tak lah asyik teringat dengan bapak anak aku tu walaupun semalam aku mimpi yang kami tidur sekali,(sigh)........keadaan aku ni mungkin disebabkan sindrom kesepian tanpa cinta.....

Selasa, 21 Ogos 2007

worst day

semalam aku telah mengambil ujian untuk mendapat lesen P bagi kereta.masa buat bukit,parking semua cantik,maklumlah aku dah bawa kereta hampir 4thn takde lesen,bukan tak nak ambil tapi 4thn lepas aku ambil test 2 kali tapi fail, anyway masa buat jalanraya,entah apa punya malang aku dapat tester india pulak.Bukan aku nak racist tapi almaklumlah diorang ni perangai sangatlah out........aku rasa aku tak bersalah dalam hal ni,kereta tak mati ,aku belum pun keluar ke jalanraya,baru terlajak kereta sikit dekat simpang dia dah gagalkan aku,memang aku memaki dalam hati je kali ni tapi kalau aku ambil test sekali lagi dan terkena dia pulak dan kalau aku gagal lagi nanti aku akan maki dia depan-depan sepuas-puas hati aku siap dengan ludah sekali,siap dengan komplen dengan pihak atasan JPJ, aku nak tengok diorang nak bagi ke tak lesen tu.........
hati aku ni dalam mode geram sekarang ni.........

Jumaat, 17 Ogos 2007

spending the night together.........


Semalam dia datang.Sedang aku bersiap-siap, pintu rumah diketuk.Dia juga telah mengambil anak kami dari taska. Bahagia rasanya hati melihat dia,sambil mendukung anak kami,berdiri di muka pintu,memakai baju biru bunga-bunga.Hatiku berbisik,kalaulah kau milikku lagi..............
Terubat rasa rindu melihat dia.Janji untuk berkongsi masa denganku untuk mengenang anniversary kami ditunaikannya.
Anak kami hantar untuk dijaga emak.Cuma kami berdua kali ini..........
Betapa mesranya layanan yang diberikan kepadaku.Dia cuba untuk mengambil hatiku,membuat aku tersenyum bahagia,berharap yang masa dapat berhenti seketika supaya selamanya dia akan berada disisiku.Lima tahun berlalu,kami cuba mengimbau memori silam....dari 2thn bercinta,3thn ke alam perkahwinan dan perpisahan....walau apapun nama hubungan kami, namun kami masih cuba mencuri masa untuk bersama.Terdetik rasa, mungkinkah masih ada cinta???
Malam itu kami bersiar-siar ke Mutiara Damansara,IKEA,tempat pertama yang kami tuju mula-mula kami mendapat rumah semasa baru berumahtangga,rumah kami di Kg Baru yang kosong kami isikan dengan sedikit barang dapur dari IKEA,selembar karpet,selimut dan dua biji bantal, walau tidur di karpet sahaja, namun tetap rasa selesa, bahagia, kerana dapat bersama dengannya.....itu 3thn yang lalu,kini walau tidur di tilam yang besar namun kosong dan dingin tanpanya.Di IKEA aku beli sebuah pasu tempat kuisikan ros merah dua kuntum yang diberikannya kepada ku petang itu sebelum sampai di Ikea siap dengan surprise seperti dulu2, aku cuba berlagak terkejut walau aku sudah dapat menjangkakannya.....
Nyata dia masih ingat dengan benda-benda kesukaanku..........
Selepas IKEA, kami minum di lounge concorde,duduk di sofa sambil berpelukan,seolah-olah kami tidak pernah berpisah.Penghujungnya,kami pulang ke rumah, selepas mengambil anak dari rumah mak dan malam itu dia tidur bersamaku.......dapatlah aku merasa kebahagiaan seperti dulu-dulu walau hanya semalam,dalam pelukan dan belaiannya.
Aku kejutkan dia pagi tadi,selepas bersiap,dia mencium anak kami, mencium dahiku, dan dia pergi....
Kini aku mula merinduinya..........sampailah saat dia terasa ingin bertemu aku dan anak kami lagi.